Faiz di China: Bahasa Cina Asas untuk Pelajar Malaysia


《法伊兹在中国——马来西亚留学生初级汉语教程》

Buku teks khas untuk pembelajaran bahasa mandarin ini mengambil pengalaman kehidupan dan pelajaran watak Faiz, seorang pelajar Melayu Malaysia di China sebagai perkembangan plot utama.

Kandungan teks mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan harian pelajar Malaysia di China dan dimantapkan dengan isi kandungan dan maklumat agama, adat resam dan sebagainya. Objektif asal buku teks bahasa China ini adalah disediakan khas untuk pelajar peringkat pra-universiti dalam Program Pendidikan Tenaga Pengajar Bahasa China, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Buku ini boleh juga digunakan untuk pelajar Malaysia dan Indonesia yang tanpa asas bahasa China (Mandarin). Objektif umum penyusunan buku ini adalah untuk mendidik pelajar supaya mereka mempunyai keterampilan berbahasa China dalam bidang-bidang mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian; di samping membolehkan pelajar menguasai bahasa China serta pengetahuan asas supaya dapat tinggal di China dengan berdikari dan menyediakan asas bagi pembelajaran dalam peringkat universiti nanti.

Objektif pelajaran dari segi sebutan, tulisan China, tatabahasa dan ilmu pengetahuan kebudayaan adalah seperti yang berikut: a) Menguasai ciri-ciri sebutan bahasa China; ejaan hendaklah ditulis dengan betul; sebutan bahasa China hendaklah betul, tepat dan fasih; b) Mengenal strok, urutan strok dan komponen asas dalam tulisan China, hendaklah mengenal, membaca dan menulis tulisan China dengan lancar mengikut peraturan struktur tulisan China; c) Mengenal ciri-ciri tatabahasa bahasa China, menguasai struktur asas bahasa China dengan betul dan tepat; d) Membuka pengetahuan am tentang kebudayan dan masyarakat China.

Bahan-bahan pengajaran bahasa disusun berlandaskan topik tertentu, manakala kemunculan tatabahasa adalah berdasarkan penjalanan fungsi bahasa. Melalui perbandingan antara bahasa China dan bahasa Melayu, titik berat dan kesukaran pembeląjaran bahasa China bagi pelajar Malaysia itu dapat ditonjolkan. Pakej buku ini mengandungi 25 pelajaran dan dibahagikan kepada dua jilid iaitu Jilid I dan Jilid I Setiap jilid mengandungi Buku Teks dan Buku Latihan, dan dilengkapi rakaman CD. Dari segi persembahan buku ini, dicadangkan setiap pelajaran diambil 10-12 jam kredit, Untuk bahagian petikan perenggan pendek dalam teks buku, dicadangkan memanfaatkan latihan teks buku dalam Buku Latihan sebagai panduan dalam pengajaran.

Cakera Padat (CD) panduan buku teks pula mengandungi empat komponen hal ayat teras, perbualan, petikan dan perkataan baru. Buku Latihan telah membekalkan pelbagai jenis latihan dengan bilangan yang kaya termasuk latihan sebutan dan tulisan, latihan perkataan dan ta latihan teks, latihan komprehensif, latihan peniruan tulisan China dan sebaga Para pensyarah boleh memanfatkan Buku Latihan ini dengan mengubahsua latihan- latihan yang dicadangkan dalam buku ini mengikut kesesuaian dan k pengajaran sendiri.

Harga: RM 70 (Buku Teks 1 dan Buku Kerja 1) Muka surat: 219 +165=384 muka surat (Termasuk 2 CD) Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa pembayaran, penghantaran atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan buku, anda sentiasa boleh menghubungi kami dengan mengklik pautan Whatsapp ini: http://api.whatsapp.com/send?phone=60166228057

《法伊兹在中国——马来西亚留学生初级汉语教程》内附课本和练习册。课本内容涵括语音 汉字 语法和文化的部分,能够让学生掌握汉语基本知识,也可掌握汉语听说读写的技能。此外,学生也能够了解汉字的结构以及了解中华文化。作业练习的样式多样化,当中包括了语音汉字练习、词汇语法练习、课文练习等,是一本适合用于初级汉语学习者的参考书。 售价RM 70 If you are facing any problem on payment, shipping or wish to know more on the contents of the book, you always can reach us by clicking this Whatsapp link: http://api.whatsapp.com/send?phone=60166228057

Click this link to buy the books ——> https://goo.gl/nn5RpE

img-0

Sign up our Mailing list for latest Learn Mandarin News

Mandarin Class Schedule‏s

Taman Melawati (Lorong Perak):

Monday 4:30PM-6PM; 8 PM -10:00 PM (2 slots)
Tuesday: 7 PM -8:30 PM; 8:30 PM -10 PM (2 slots)
Wednesday: 8 PM -10:00 PM
Thursday: 7:00PM-8:30PM ; 8:30PM-10:00PM (2 slots)
Friday: 9:30AM-11:00AM ; 11:00-12:30 (New)
Saturday: 9:30AM-11:00AM; 11AM-12:30PM; 2:30-4PM (3 slots)
HRDF Claimable

SS 25 Taman Mayang:

Monday 7:00PM-8:30 PM ; 8:30PM-10:00 PM (2 slots)
Thursday: 7:00PM-8:30 PM ; 8:30PM-10:00 PM (2 slots)
Saturday: 9:30AM-11:00AM; 11:00AM-12:30PM; 2:30PM-4:00PM (3 Slots)

Kajang:

Thursday 8PM-9:30PM
Saturday: 10:00AM-11:30AM; 11:30AM-1PM; 2:30PM-4PM (3 slots)

Johor Bahru (Mount Austin):

New students visitation hours:

Wednesday 7pm-10pm
Thursday 7pm-10pm
Friday: 9:30am-11:00am, 11:00am-12:30pm
Saturday: 10:00am-11:30am, 11:00am-12:30pm, 7:30pm-9:00pm (3 slots)

Join us on Facebook !

Online Shop

www.learnmandarinshop.com

The 1st Mandarin Learning Materials Page

HSK exam books

Click here for HSK exam books

We post and serve you from KL